Anugerah Gemilang eKelas kembali untuk tahun 2019!

Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf anda, para pelajar eKelas yang telah menunjukkan peningkatan prestasi dalam pembelajaran yang paling ketara! Maxis inginkan anda mempunyai inspirasi dan motivasi diri yang tinggi untuk mencapai kejayaan di dalam pembelajaran anda. Jika anda telah menunjukkan peningkatan dalam keputusan peperiksaan tahun ini, anda layak untuk memohon geran ini. Ketahui dengan lebih lanjut cara-cara untuk menjadi penerima Geran Pelajar Anugerah Gemilang eKelas ini! Adakah anda memenuhi kriteria yang diperlukan?

Semua pelajar eKelas Maxis yang telah mengikuti program eKelas di semua Pusat Internet yang terlibat adalah layak untuk memohon.

Geran tahunan sebanyak RM1,200 tunai sebagai simpanan untuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M-i) berserta dengan pek permulaan persekolahan.

Anugerah Gemilang eKelas memberi ganjaran kepada pelajar yang telah menunjukkan peningkatan prestasi yang terbaik. Anda perlu mencapai sekurang-kurangnya peningkatan satu gred yang lebih baik dalam mana-mana dua atau tiga subjek yang diajar di dalam program eKelas, iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Penilaian dibuat berdasarkan keputusan anda bagi peperiksaan pertengahan tahun yang digunakan sebagai asas penilaian DAN keputusan peperiksaan akhir tahun / keputusan PT3 bagi adik-adik Tingkatan 3  di mana terdapat peningkatan prestasi.

Anda perlu menunjukkan peningkatan minimum sebanyak 1 gred contohnya:

  • Gred E meningkat ke D
  • Gred D meningkat ke C
  • Gred C meningkat ke B
  • Gred B meningkat ke A

Sila ambil maklum bahawa pemilihan penerima geran akan dibuat oleh sebuah jawatankuasa pemilih, dan ahli jawatankuasa berhak untuk menentukan kelayakan di mana pemilihan dan syarat-syaratnya akan diputuskan mengikut budi bicara mutlak jawatankuasa ini.

Tahniah dan kami berbangga dengan kecemerlangan anda! Walaubagaimanapun, anda tidak layak untuk memohon geran ini kerana Anugerah Gemilang eKelas bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pelajar yang menunjukkan peningkatan yang sangat ketara di dalam peperiksaan mereka.

Ya! Sekiranya anda memenuhi semua kriteria kelayakan permohonan, anda boleh membuat permohonan sekali lagi.

Anda perlu memuatnaik:

  1. Salinan fotokopi keputusan peperiksaan pertengahan tahun bersama cop rasmi sekolah
  2. Salinan fotokopi keputusan peperiksaan akhir tahun / keputusan PT3 bagi adik-adik Tingkatan 3 (yang telah disahkan dengan cop rasmi sekolah).
  3. ‘Screen capture’ profil anda di portal eKelas

Tempoh masa permohonan adalah mulai 14 Disember hingga 31 Disember 2018. Anda boleh membuat permohonan di sini.

Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan pada Januari 2018.

Maklumat dan Soalan Lazim

Hantar permohonan dan dokumen sokongan

Semak Status Permohonan

TOP