Khamis, 21 Jun 2018 / Published in Berita

SEBUYAU 20 Jun – Maxis berjaya membantu lebih banyak komuniti luar bandar khususnya di Sarawak dengan akses pembelajaran digital selepas membuka sekolah iaitu eKelas di 54 Pusat Internet (PI) di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Robert Nason berkata, insiatif tersebut bermula pada 2015 dengan hanya 10 PI terlibat yang kini semakin berkembang menjadi suatu yang dekat kepada Maxis sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) utama dan berdasarkan permintaan daripada komuniti itu sendiri.

Beliau berkata, pihaknya juga memastikan kualiti dengan pengalaman pembelajaran digital terbaik dapat disampaikan oleh guru yang bagus kepada pelajar di luar bandar. (selanjutnya…)