Bayangkan bagaimana pendidikan akan datang kepada pelajar sekolah di kawasan miskin bandar dan luar bandar Malaysia – jarak bukanlah penghalang supaya pelajar dapat mengakses kandungan pelajaran daripada guru-guru berpengalaman. Menakjubkan bukan? Itulah apa yang komuniti kami rancangkan, ianya adalah tentang eKelas. eKelas adalah tentang kebolehan teknologi pengajaran, pembelajaran jarak jauh membuatkan pelajar berasa seronok, memberangsangkan dan memberikan saranan tambahan, dilakukan melalui kandungan digital yang sangat interaktif, selaras dengan sukatan pelajaran sekolah Malaysia. Kami akan menyampaikan program eKelas di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M), yang diuruskan oleh Maxis.

Program eKelas tersebut memberi tumpuan kepada tiga subjek kritikal iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris bagi Tingkatan 1, 2 dan 3. Program perintis eKelas yang pertama bermula dalam September 2015 di lima PI1M iaitu Langkawi dan Yan di Kedah, Tumpat dan Pasir Mas di Kelantan, dan Semenyih. Lima lagi ditambah pada Januari 2016 – Putrajaya Presint 9 (Fasa 10) dan Presint 16, Kuching, Sibu dan Negeri Sembilan. Sepanjang setahun program dijalankan, kami telah menjangkau 1,200 pelajar.

Pembelajaran yang menyeronokkan dan bersemangat

Melalui eKelas, kami mahu mendedahkan pelajar kepada cara-cara baru pembelajaran. Selain menghubungkan pelajar dengan guru-guru yang berpengalaman melalui sesi tutorial secara langsung, pelajar juga belajar melalui projek-projek kumpulan, video dan pertandingan. Tetapi eKelas bukan sahaja mengenai tutorial secara langsung, ia juga adalah mengenai bagaimana membina keyakinan pelajar dan itulah sebabnya kami mempunyai aktiviti yang menyeronokkan dan menarik seperti ceramah motivasi dan kem sewaktu percutian.

Kami mengadakan kem percutian pertama untuk pelajar eKelas pada Mac 2016. 60 orang pelajar teruja dapat melawat ke Kuala Lumpur untuk kem selama dua hari, ianya merupakan kem pendidikan yang penuh keseronokan. Kami membawa mereka ke Petrosains Discovery Center; Menara Berkembar pemerhatian dek di Aras 86; menganjurkan bengkel pengeluaran video dengan teknologi popular oleh blogger Amanz, dan sesi ramah mesra dengan pasukan pengurusan kami. Pelajar diberi pengalaman sendiri bagi mempelajari Sains dan teknologi; membuat tanglung elektrik mereka sendiri, dan setiap pasukan bekerjasama untuk menghasilkan sebuah video pendek yang kemudianya dinilai oleh pekerja-pekerja Maxis. Pada bulan Mei akan datang, sukarelawan Maxis akan menjalankan beberapa ceramah motivasi untuk berkongsi pengalaman mereka dan memberi inspirasi kepada para pelajar.